Khusyuk dlm solat
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk |
KEKUATAN IKATAN KEKELUARGAAN MELALUI AGAMA YANG TELUS
Sebenarnya, perselisihan yang terdapat di kalangan para ulama’ hanyalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdamaian antara golongan Islam dan golongan yang memerangi Islam (ahlul harbi). Sebahagian daripada ulama’ melarang keras perdamaian ini, malahan tidak harus untuk bekerjasama dengan golongan yang memerangi umat Islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan ayat-ayat Allah yang menyeru supaya berperang dengan golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah kalah dan patuh kepada pemerintahan Islam.
Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 29, maksudnya: “Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar( agama Allah ), (iaitu orang) yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.
Begitu juga firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 4 yang bermaksud: “Apabila kamu bertemu dengan orang kafir ( di medan perang ) maka pancunglah leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti”.
Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran ini menyeru kepada peperangan terhadap golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah atau menghentikan peperangan. Sesungguhnya apabila umat Islam masih diperangi oleh mereka, maka tiada perdamaian dan tiada kerjasama dengan mereka.
Manakala ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan golongan yang memerangi umat Islam pula, mereka berhujah bahawa ayat al-Quran yang diturunkan tidak pun menentang perdamaian . Ini dapat dilihat dengan jelas pada permulaan dakwah Islam sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah”.
Selain daripada itu, Rasulullah juga pernah mengadakan beberapa perjanjian damai dengan musuh-musuh Islam seperti yang terdapat pada Perjanjian Hudaibiyyah di samping beberapa perjanjian yang telah dimeterai oleh Rasulullah dengan puak-puak Yahudi. Inilah sebenarnya hujah-hujah yang telah digunakan oleh segelintir ulama’ dalam menegakkan pendapat mengenai keharusan membuat perdamaian dengan Israel tatkala umat Islam tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam itu.
Sememangnya terdapat para ulama’ yang mengharuskan perdamaian sebagaimana yang terkandung dalam beberapa ayat al-Quran di samping perdamaian yang telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah sendiri. Akan tetapi harus diingat bahawa ulama’ telah mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah dengan syarat sekiranya umat Islam betul-betul berada dalam keadaan ‘darurat’ serta perdamaian itu akan membawa maslahat dan kebaikan kepada umat Islam sendiri.
Begitu pun, pendapat ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah tidak termasuk perdamaian dengan Israel. Perdamaian hanya berlaku dengan musuh yang mempunyai negara, raja dan pemerintahan sendiri yang mana mereka itu ingin menguasai dan menawan negara-negara lain. Manakala Israel, mereka langsung tidak mempunyai negara, sebaliknya mereka telah merampas tanah umat Islam. Sekiranya perdamaian dilaksanakan dengan mereka, maka ini akan membawa erti bahawa umat Islam menyerahkan bumi mereka kepada musuh yang merampasnya dan seterusnya mengiktiraf kependudukan Israel yang telah dilakukan dengan secara zalim itu. Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun jua!.
Siapakah yang berani mengatakan bahawa perdamaian dengan Yahudi itu mendatangkan maslahah dan kebaikan?. Apakah maslahah yang didapati oleh umat Islam apabila mereka meninggalkan bumi Palestin untuk dicengkam dan dikuasai oleh Yahudi, seterusnya umat Islam Palestin akan menjadi mangsa pelarian di tanahair sendiri. Sudah tentu perkara seumpama ini tidak direstui oleh Allah, Rasulnya serta orang beriman.
Perdamaian dengan Israel merupakan pengkhianatan terhadap Islam dan terkeluar daripada persepakatan umat Islam sendiri. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 115 bermaksud: ’Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu [Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan] dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali’.
Sesungguhnya umat Islam mestilah meneruskan perjuangan yang jitu untuk mengembalikan bumi Palestin daripada tangan Yahudi yang durjana. Sesungguhnya perdamaian dengan Israel adalah dilarang mengikut syara’.
Oleh itu, umat Islam seluruh dunia mestilah berjihad dan berjuang untuk menyelamatkan Palestin daripada terus dinodai. Kebenaran itu datang dari Allah dan Dialah yang menunjuki jalan hidayah.
L anjutkan!!!!!!!!!
|
Dilihatnya sekawan awan mendung bersepah di dada langit. Dan, dengan tiba-tiba datang angin keras yang menyapu awan-awan mendung itu. Angin Disember hari itu telah mula menyatu dengan firman Tuhan.. Lalu, Bush dengan jiwa batinnya yang duka lara merebus tangkai hatinya untuk dibawa berlari. Mendung di hatinya jauh lebih berat. Bush dengan linangan air matanya, keluh hatinya berbisik, "Sampai hati si dia membaling kasutnya ke arahku." Tidak kusangka, akan dapat penghinaan sebegini rupa! Dua kali mendapat balingan pulak tu! Muntazer al-Zaidi!! Namamu sentiasa terpahat di hatiku selalu. Akan kucatat namamu dalam diari gelapku ketika aku menyundal dunia ini dengan kegelapan pemerintahanku, demikian jeritan batin si Bush. Bush tidak pernah membaca sejarah Islam agaknya. Bush kononnya hanya pernah membaca Islam Hadhari lalu.. dengan tidak semena-mena dia menyokong Islam Hadhari tajaan Abdullah Ahmad Badawi. Namun, dia belum sempat berguru lebih lanjut dengan Abdullah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dibaling batu. Rasulullah s.a.w pernah dibaling batu di Taif ketika menyampaikan usaha dakwah. Kata orang, putih serban dan jubannya ketika berpergian dan mencurah merah darah ketika pulangnya. Demikian penghinaan ke atas sosok besar itu. Tapi, Bush masih bernasib baik. Pemimpin Arab Iraq yang bodoh ini masih mahu menangkap Muntazer al-Zaidi. Dalam bidalan pusaka Melayu ada disebutkan juga, baling batu sembunyi tangan. Tapi, dalam kes Muntazer al-Zaidi, beliau telah baling kasut dan masuk ke dalam lokap, lalu terpaksa menantikan hukuman! ### Baling batu ke arah iblis adalah sunnah nabi Ibrahim Tindakan wartawan penyiaran Iraq itu (beliau pun mungkin tak sedar) sebenarnya warisan daripada sunnah Nabi Ibrahim a.s. Bush adalah iblis besar abad ini. Maka.. sikap Muntazer al-Zaidi hanya luahan daripada fitrah, sunnatullah dan sunnah Nabi Ibrahim ke atas musuh-musuh Allah seperti Iblis dan kaum-kaum yang ingkar kepada suruhan Allah. Sesiapa yang pergi menunaikan fardhu haji, mereka tentunya pernah merasai pengalaman membaling batu di Mina ini. Kita diminta bermalam di Mina sebelum melontar batu-batu kepada 'iblis' di ketiga-tiga tiang; Jamratul Aqabah, Jamratul Wusta dan Jamratus Sughra. Bermalam di Mina itu bertujuan persediaan untuk meneruskan agenda besar ini; simbolik baling batu kepada iblis. Nabi Daud ketika kecilnya pernah membaling batu kepada Jalut (Goliath) sehingga tumbang musuh Allah itu. Kini, kanak-kanak di Palestin pula membaling batu kepada tentera-tentera Israel. Sekali lagi, ini fitrah, sunnatullah dan sunnah perjuangan orang soleh yang terdahulu daripada kita. "Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya.." --- (al-Baqarah: 251) Mengapakah kita katakan hal membaling batu ini sebahagian daripada fitrah, sunnah dan sunnatullah? Perhatikan dalil-dalil di bawah ini.. "Patutkah kamu berasa aman kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? Atau, patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?" --- (al-Mulk: 16 - 17) Ada juga kaum yang dibaling batu oleh Tuhan kerana kengkarannya. Ini kerana, mereka melakukan amalan seks bebas dan menjalin hubungan seks sesama jenis, lelaki sesama lelaki dan wanita sesama wanita. Maka, apabila tiba zaman Nabi Musa a.s (Taurat) hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. (al-Quran), maka terteralah satu hukum; lelaki dan wanita yang berzina sesudah berkahwin, maka hukumannya adalah direjam (dibaling) dengan batu sampai mati. Kesimpulannya, inilah antara contoh-contoh sunnatullah yang telah diterjemahkan dalam bentuk hukum rejam dan sunnah nabi. Ia sesuai dengan fitrah asal kesemulajadian manusia. Iaitu, apabila kita mula membenci sesuatu perkara, hati kita akan terdorong untuk baling dan mencampakkan sesuatu kepada sesuatu yang kita benci itu. Lihat pula kepada contoh-contoh nas lain pula berhubung hal membaling, merejam dengan batu yang ada kaitan dengan tindakan wartawan penyiaran Iraq; Muntazer al-Zaidi yang membaling kasutnya ke arah Bush itu. Nas, dalil baling dan merejam batu "Sesungguhnya, Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam." --- (al-Qamar: 34) Lihat pula di dalam Surah adz-Dzaariyaat, ayat 31 hingga 37 ada disebutkan ceritanya sebagai di bawah ini: 1. Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?" Ternyata, sebagai mana Nabi Muhammad s.a.w yang pernah dilempar batu di Taif, moyangnya Nabi Ibrahim pernah diugut dilempar dengan batu dengan sebab baginda enggan menghentikan dakwahnya itu. "(Azar) menjawab: "Patutkah engkau membencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya, jika engkau tidak berhenti menyeru dan menasihati daku, sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah, lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa." --- (Maryam: 46) Lihat pula tekanan yang diterima oleh Nabi Syuaib a.s.. "Mereka berkata: "Wahai Syuaib, kami tidak mengerti kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu, dan sesungguhnya kami melihat engkau orang yang lemah dalam kalangan kami; dan kalau tidak kerana kaum keluargamu, tentulah kami melemparmu (dengan batu hingga mati). Dan engkau pula bukan orang yang dipandang mulia dalam kalangan kami!" --- (Hud: 91) "Tidakkah kau melihat Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia kumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." --- (an-Nur: 43) "Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganaiaya diri sendiri." --- (al-Ankabut: 40) "Dan kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan." --- (al-A'raff: 84) Malah, ada pula manusia yang terlalu biadap sehingga mencabar Tuhan agar melemparkan mereka dengan batu..!! "Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Mekah) berkata: "Wahai Tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisiMu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya." --- (al-Anfaal: 32) "Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang terbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu." --- (Hud: 82-83) "Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar." --- (al-Hijr: 74) "Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu, atau Ia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu?" --- (al-Israa': 68) Antara sunnatullah, sikap Allah ke atas kaum yang ingkar adalah Zat Yang Mahu Agung Lagi Perkasa itu akan mengirimkan unggas seperti burung Ababil untuk menjahanamkan pasukan tentera Abrahah. "Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras. Lalu, ia (batu itu) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat." --- (al-Fiil: 4 - 5) Latihan membaling kasut kepada Bush di http://www.sockandawe.com Silakan membaling kasut anda kepada Bush di laman sesawang berikut dan sebarkan alamat ini kepada rakan-rakan anda.. Lempar kasut anda kepada Bush di http://www.sockandawe.com sebelum tibanya kesempatan anda untuk membaling kasut kepada Bush secara langsung, secara 'live' kelak. Itu pun kalau-kalau Bush berani hadir ke Malaysia! (Sekadar syor: Mungkin boleh bina patung replika batu Bush atau tiang macam Jamratul Aqabah, Wustha, Sughra di mana-mana untuk memudahkan kita membaling kasut, batu kepadanya sebagai tanda protes!) ### Hujan batu dalam pepatah Melayu, sebuah monolog ringkas Bush Di dalam bidalan kata dan pepatah Melayu ada disebutkan, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri." Tapi, bagi Bush, hujan batu dan hujan kasut sahaja yang akan memberi pengajaran kepadanya di mana-mana juga beliau berada! |
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk |
~Dari kitab Ibadah Dalam Islam~
Setiap masa kita harus bermuhasabah dengan sepuluh perkara:
1.Siapa saya?
Aku ni hamba-Mu Ya Allah
2. Dari mana saya datang?
Rahim seorang ibu
3. Dari sumber apa saya dijadikan?
Setitis air mani (hamba yang kerdil)
4. Siapa yang menjadikan saya?
ALLAH
5. Kenapa saya dijadikan?
Untuk beribadat
6. Apakah objektif hidup saya?
Keredhaan Allah
7. Apakah kesudahan selepas hidup saya?
Mati
8. Ke mana saya akan pergi selepas mati?
Bertemu ALLAH
9. Apakah akan jadi kalau saya berkeadaan begini?
" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan. "
(Fatir:37)
10. Selamatkah saya bila bertemu dengan Allahu Robbi?
Susah-susah dahulu takpa.
"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna. Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah. Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian. [1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu. Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama. Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya. Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran. Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran. Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran. Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran. Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada. Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru. Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya. Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan. Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung. Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan. Kesimpulan Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru. Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya. Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita. Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab. Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita. |
| |||||||
"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama. Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain. Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya. "Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun," demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu? Solat adalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalam solat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itu kita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim. "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yang wujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat, mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalan kesesatan. Iblis akan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telah tinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia. Dengan sikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkan kerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan." Solat inilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agar manusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa. Ada amalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dunia tidak sunyi daripada solat Ertinya, dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapa yang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat, maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya." Dengan menunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita. Hasan al-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikan bagaimana Tuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saat genting, darurat dan kecemasan. |
Pilihan raya adalah jihad bagi merubah mungkar
Dalam perbincangan siri pertama yang lalu, kita telah membincangkan persoalan kewajiban serta tangungjawab semua yang individu yang bernama Islam untuk keluar mengundi, kerana matlamat "Amar Makruf dan Nahi Mungkar" tidak akan tercapai pelaksanaannya melainkan dengan menentukan kepimpinan dalam pilihan raya, iaitu kepimpinan yang mendasari perintah Allah dalam al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma� dan al-Qias.
Penglibatan dan penyertaan para pengundi amat penting bagi menentukan corak pentadbiran negara yang lebih efisyen pada masa-masa akan datang dengan memilih calon yang lebih Islamik dalam segenap aspek kehidupan.
Pengundi yang berorientasikan ajaran Islam tidak akan merugikan undinya dengan memilih calon yang mensia-siakan peranan, tugas serta tanggungjawabnya sebagai wakil mereka, apatah lagi calon yang pernah disabitkan seperti dalam laporan akhbar terlibat dalam menerima atau memberi rasuah, dengan kata lain ia terkenal sebagai pengamal rasuah.
Mana-mana pengundi yang tersalah pilih calon yang bertanding dalam pilihan raya dengan memberi kemenangan mudah kepadanya, akan disoal di hadapan Allah pada hari akhirat mengapa bersekongkol dengan pihak yang menganiyai golongan yang tertindas, selepas pilihan raya, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak, tol, tarif air, mungkin juga eletrik dan sebagainya dengan pelbagai alas an yang tidak munasabah.
Pengundi merupakan majikan (bos) ketika pilihan raya berlangsung
Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 54 surah al-Zukhruf yang bermaksud : Maka Fir�aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya, kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.
Jelas dari apa yang diungkapkan Allah dalam ayat di atas menunjukkan bahawa para pengundi diumpamakan Allah sebagai golongan yang fasiq jika masih terus meyokong, bersama-sama atau cenderung kepada golongan yang menggunakan pengaruh atau pangkat bagi memperdaya golongan yang diperintah.
Justeru, pengundi ibarat majikan kerana calon yang bertanding dalam pilihan raya menagih kerja daripada pengundi buat tempoh lima tahun, tetapi selepas menang, segala sumpahan janjinya terhadap pengundi diabaikan, malah pengundi diperbodoh-bodohkan. Mengapa pengundi mensia-siakan peluang dengan memilih calon yang tidak komited pada janji apatah lagi kepada Islam, mereka patut dihukum dengan tidak diberi peluang untuk terus berkuasa.
Mana janji-janji mereka untuk mendaulatkan agama Islam, sedangkan syiar-syaiarnya seperti surau dirobohkan, ke mana menghilang mereka yang dipilih oleh pengundi dengan membisu seribu bahasa, sedangkan pada masa yang sama penganut agama lain sanggup berdepan dengan pelbagai rintangan dan risiko. Di mana jati diri pemerintah yang beragama Islam dalam isu ini?
Pilihan raya adalah salah satu bentuk jihad bagi merubah mungkar
Menurut Setiausaha Agung Gerakan Islam Lubnan, Syeikh Faisal Molawi merangkap Pengerusi Majlis Fatwa Eropah menegaskan, bahawa penyertaan pengundi dalam memilih bakal pemimpin dalam pilihan raya adalah satu tindakan jihad.
Ini kerana apabila calon yang menang dari kalangan mereka yang berjiwa Islam, akan menggunakan pengaruh, peranan serta tanggungjawabnya bagi memberi khidmat kepada Islam, iaitu dengan menolak segala usaha pemerintah yang mahu meneruskan agenda mungkar seperti penganjuran program maksiat seperti Akademi Fantasia, konsert Jom Heboh, sehati berdansa, Raja lawak (lawaking), filem-filem yang jelas tersasar daripada ajaran Islam seperti Anak Halal, Gubra, Sepet, Akhirat, Cicakman dan lain-lain.
Walaupun usaha tersebut dianggap payah untuk dilakukan, kerana pemerintah yang ada telah menanam benih maksiat dalam jiwa dan sanubari khusunya golongan remaja yang disifatkan sebagai golongan yang akan memberi undi kepada mereka, namun seagal itu adalah kerja Allah SWT yang tidak mustahil memenangkan golongan yang bercita-cita untuk mendaulatkan hukum al-Quran.
Sehubungan itu Allah menjelaskan menerusi ayat 7 surah Muhammad : Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong agama Allah maka Dia akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kemu.
Penyertaan dalam pilihan raya dianggap jihad kerana mampu menahan/menyekat kerakusan pihak berkuasa yang telah menyimpang jauh dari amalan ajaran agama Islam, maka melakukan pembaikan/pengislahan itu menepati matlamat penyertaan dalam pilihan raya.
Justeru, menurut Syeikh Molawi lagi, mana-mana individu atau kumpulan atau kelompok Islam yang tidak mengikut serta dalam membuang undi bagi memenangkan calon-calon yang berjiwa Islam pada pilihan raya, adalah dianggap berdosa kerana seolah-olah mereka bersetuju dengan tindakan nagatif yang dilakukan oleh pemerintah yang sedia ada.
Tidak boleh dianggap ringan untuk membuang undi bagi mengalahkan golongan yang berorientasikan fahaman Sekular, Sosialis, Kapaitalis, Komunis dan lain-lain, kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Sesungguhnya hukum menyertai pilihan raya bukanlah kekal, ia boleh dimansuhkan jika yang memerintah itu kembali kepada proses pemilihan pucuk pimpinan seperti yang pernah dilakukan oleh para Khulafa� Rasyidun.
Tetapi perlu diingat, bahawa selagi Barisan Nasional memerintah dan berusaha untuk mengekalkan pemerintahan, sudah pasti ia akan kekalkan sistem pilihan raya atas alasan demokrasi, namun dari apa yang dapat dilihat, proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak bebas, penuh dengan penipuan dan rasuah politik, di mana para pengundi disogok dengan pelbagai jenis rasuah bagi memenangkan calon-calon yang tidak bermaruah, hanya berjanji pada pilihan raya tetapi selepas berakhirnya pilihan raya, mereka tidak mengenal pengundi yang memenangkan mereka.
Tipu adalah satu dosa, sama ada ketika atau di luar pilihan raya
Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksyd : �Berpeganglah kalian kepada kejujuran, karena itu akan membimbing kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga. Seseorang hamba yang berbuat jujur dan membiasakan sifat ini hingga dia dicatat di sisi Allah Ta�ala sebagai seorang yang shiddiq (jujur). Berhati-hatilah kalian dari dusta,karena dusta itu akan membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan itu akan membimbing ke neraka. Seseorang hamba yang berdusta dan membiasakannya hingga dicatat di sisi Allah Ta�ala sebagai seorang pendusta�. (Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Malik, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ad-Darimi, sedangkan lafadznya dari Muslim)
Justeru, berwaspadalah wahai pengundi-pengundi sekelian daripada termakan kata-kata manis calon yang memang mengamalkan sifat dusta, kerana ia tidak akan membawa rakyat kepada kebaikan, malah menempah kemarahan Allah SWT sekali gus tidak mendapat tempat di sisi-Nya pada hari kiamat. - azm _
Sesungguhnya Islam tidak hanya mewajibkan jihad dalam medan pertempuran dengan mengangkat senjata menghadapi pihak yang serba lengkap dengan peralatan persenjataan.Menuntut ilmu, keluar mengundi bagi menentukan para pemerintah yang adil, melawan hawa nafsu juga adalah termasuk bahagian-bahagian jihad yang ditetapkan oleh Islam.
Sesungguhnya Islam tidak hanya mewajibkan jihad dalam medan pertempuran dengan mengangkat senjata menghadapi pihak yang serba lengkap dengan peralatan persenjataan.Menuntut ilmu, keluar mengundi bagi menentukan para pemerintah yang adil, melawan hawa nafsu juga adalah termasuk bahagian-bahagian jihad yang ditetapkan oleh Islam.
Tidak kurang juga tanggungjawab menjalankan �Amar Makruf dan Nahi Mungkar� merupakan tugas jihad yang semakin kurang dihidupkan peranannya sejak kebelakangan ini lantaran kesibukan tugasan harian sama ada di rumah mahupun di pejabat.
Antara peranan atau tugas Amar Makruf dan Nahi Mungkar yang mesti dijalankan dalam masyarakat umat Islam ialah untuk memberi nasihat atau mengingatkan golongan penguasa/pemerintah agar melaksanakan perintah Allah secara praktikal berdasarkan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran meliputi aspek kenegaraan, kemasyarakatan, sistem politik, ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, penyelesaian terhadap permasalahan remaja dan sebagainya.
Tanggungjawab parti, pertubuhan atau gerakan Islam menasihati pemerintah
Nasihat atau memberi peringatan kepada pemerintah yang tidak komited dengan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran serta pelaksanaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana parti, pertubuhan atau gerakan Islam dalam sesebuah negara, ia bertujuan agar pemerintah tidak mengheret sama masyarakat umat Islam agar menjadi umat yang tidak berfungsi dengan elemen-elemen agama seperti yang diperintahkan Allah.
Selagi mana terdapat pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum, undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan Allah dalam al-Quran, maka ia patut diberi teguran agar seluruh masyarakat khususnya umat Islam tidak menanggung beban di akhirat atas kealpaan mereka kerana membelakangkan hukum-hukum Allah.
Jika pemerintah merupakan golongan yang mudah menerima teguran atau nasihat, maka pihak terbabit seperti di atas wajib melakukannya, jika sebaliknya pemerintah adalah jenis yang sukar menerima sebarang teguran malah mengenakan tindakan yang tidak munasabah ke atas golongan yang menegur mereka, maka saluran yang betul perlu dicari bagi membetulkan keadaan, ia tidak lain adalah dengan saluran pilihan raya.
Pilihan raya satu kewajiban ke atas umat Islam
Apabila segala pendekatan nasihat tidak dapat disampaikan dengan baik, walaupun ia adalah yang terbaik bagi merubah seseuatu keadaan, maka umat Islam wajib mencari satu pendekatan, kaedah atau cara yang tidak melanggar ketentuan dan hukum Islam, ia tidak lain adalah melalui proses pilihan raya.
Walaupun pilihan raya itu dianggap bukan sebagai matlamat terakhir, tetapi ia diterima dan disifatkan sebagai wasilah bagi membolehkan proses "Amar Makruf dan Nahi Mungkar" sebagaimana yang ditegaskan di kalangan para ulama� kontemporari seperti Syeikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Faisal Molawi, Dr Fathi Yakan, Dr Muhammad Said Hawwa dan lain-lain.
Ini bermakna apabila pilihan raya yang menjadi medan bagi menentukan kedudukan pemerintah selepas itu tidak disertai oleh segelintir muslim, maka mereka berdosa kerana memberi laluan dan kemenangan percuma kepada pemerintah yang zalim dengan pelbagai tindakan kejam seperti ISA kerana dengannya mereka yang ditahan di bawah akta itu dipisahkan dengan ahli keluarga sedangkan ia adalah dilarang oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Apatah lagi jika pilihan raya mengandungi unsur-unsur penipuan dalam kiraan undi, pemindahan peti-peti undi ke tempat di mana calon pemerintah dikhuatiri tewas di tangan calon pembangkang dan sebagainya, maka penyertaan dalam pilihan raya oleh setiap muslim bukan lagi dianggap sebagai satu keharusan, malah ia wajib bagi memastikan penipuan dan pembohongan tidak berlaku kerana ia melanggar etika akhlak yang pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah yang menganggap mereka yang berbohong ke atas umat Islam bukanlah dari golongan baginda Rasulullah.
Perkara itu telah ditegaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh ar-Rafi�e daripada Ali Bin Abi Talib yang bermaksud : Bukan dari golongan kami sesiapa yang menipu orang Islam, memudaratkannya atau melakukan sesuatu yang dibencinya. (hadis Hasan)
Memandangkan kemungkaran sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi kerana ia dijana oleh pihak berkuasa yang membelakangkan hukum Allah, dengan mereka cipta pelbagai bentuk maksiat khususnya hiburan keterlaluan dengan pelbagai nama dan pendekatan, maka menjadi kewajiban ke atas semua pengundi khususnya yang beragama Islam mengembalikan kemuliaan Islam dengan memenangkan calon yang berjiwa Islam dari segenap butir diri yang bertanding.
Memilih antara PAS atau Umno
Kalau dilihat kedua-dua parti yang bertanding dalam pilihan raya dalam negara kita Malaysia ini iaitu antara PAS dan Umno, dari segi luarannya memang ia mewakili bangsa Melayu, tetapi apabila dilihat dari segi dasar perjuangan parti, ia amat berbeza antara satu sama lain.
Ini kerana PAS sejak dari mula penubuhannya sebagai sebuah parti politik meletakkan bahawa al-Quran adalah sandaran perjuangan, dalam erti kata PAS sedaya upaya mendaulatkan isi -kandungan al-Quran dan menjadikannya perlembagaan tertinggi dalam negara.
Justeru, para pemimipin PAS serta calon-calonnya yakin bahawa etika akhlak penting lebih-lebih lagi dalam pilihan raya, ia merupakan amalan harian sepanjang masa,.
Berbeza dengan pemimpin Umno yang tidak beretika dengan akhlak Islam, ini dapat dibuktikan dengan banyaknya penganjuran program maksiat, walaupun ia dibantah oleh kumpulan cendekiawan serta golongan ulama� Islam, namun pandangan mereka dipinggirkan kerana bimbang tidak mendapat sokongan padu dalam pilihan raya dari golongan remaja yang sukakan hiburan.
Begitu juga pada awal kemenangan pilihan raya umum 2004, ketika PM menjanjikan kepada umum untuk menangkis sebarang penyelewengan khususnya yang melibatkan amalan rasuah di kalangan pemimpin atau menteri, namun ia sekadar untuk menyedapkan halwa telinga para pengundi, selepas daripada itu ia hanya tinggal kenangan yang akan berulang pada janji-janji pilihan raya umum ke 12 akan | |
'Amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin. Ianya amanah kepada rakyat Terengganu untuk memilih pemimpin yang tepat'
Pada 17 Januari 2009 ini merupakan hari penentu yang akan melakar satu sejarah baru bagi membawa perubahan langskap politik tanahair. Kemenangan bergaya calon Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim tiga bulan lalu mungkin bakal diulangi juga oleh calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat.
Impian dan harapan itu menjadi rebutan semua pihak yang bertanding termasuk calon Barisan Nasional (BN) dan Bebas. Persoalannya, adakah pilihan raya kecil ini sebagai penanda aras bagi persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 atau sekadar 'medan' pihak-pihak tertentu melobi serta memperkukuhkan kedudukkan masing-masing dalam parti Umno.
Berikut adalah interbiu wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Rusila, Marang, 13 januari 2009 lalu.
Harakah: Pilihan Raya Kecil P.36 akan diadakan pada 17 Januari 2009 ini. Umumnya, apa yang menarik perhatian Tuan Guru kali ini?
Ustaz Hadi:Firman Allah Taala dalam surah al-Imran yang bermaksud,"Dan hendaklah ada di kalangan kamu yakni,wahai orang-orang yang beriman satu kumpulan yang menyuruh kepada yang baik, yang menyeru kepada yang baik, menyeru kepada yang ma'aruf dan yang menegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan".
Peranan PAS dalam pilihan raya ini adalah unntuk menunaikan kewajipan fardhu kifayah yang sangat besar di dalam agama Islam. Wajib ada di kalangan umat Islam yang mengajak manusia kembali semula kepada Islam dengan makna yang menyeluruh sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW, bagi mendirikan pemerintahan Islam. Apabila kita tidak berjaya mendirikan pemerintahan Islam.
Pemerintah yang ada ialah pemerintah yang tidak menjadikan Islam sebagai hukum-hukum yang berdaulat dan memerintah. Ini adalah kemungkaran yang sangat besar dalam agama Islam. Apabila berlakunya kemungkaran, Nabi Muhamad SAW bersabda, yang bermaksud "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara yang mungkar hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidah, sekiranya tidak mampu maka benci dalam hati.".
Penyertaan dalam pilihan raya ialah untuk melaksanakan kewajipan ini walaupun kita (PAS) tidak berjaya mengubah dengan tangan, mendirikan kuasa memerintah. Tetapi masih ada lagi peluang untuk mengubah dengan lidah dan hati. Dengan lidah ialah kita (PAS) menyertai amalan demokrasi melalui pilihan raya. Kita (PAS) menghantar wakil yang boleh berucap dengan lidahnya di dalam Parlimen bagi pihak kita (PAS) untuk menyatakan risalah atau mesej.
Disebut di dalam ayat tadi 'menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran'. Dan pilihan raya ialah untuk melahirkan rasa ingkar kita (rakyat) terhadap apa yang berlaku dengan kita (rakyat) tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan mengundi PAS parti yang memperjuangkan Islam. Inilah perkara yang paling besar yang perlu diberi penekanan lebih daripada isu-isu yang ditimbulkan dalam kehidupan kita tanpa menafikan isu itu juga perkara yang penting dalam kehidupan kita. Tetapi bagi orang Islam menjadi penekanan yang utama.
Bagaimana, Tuan Guru melihat 'mood' rakyat terutama para pengundi di Kuala Terengganu hari ini?
Dalam perjalanan saya sepanjang kempen pilihan raya ini sama ada lawatan atau pun majlis ceramah umum dan ceramah kecil. Saya dapati sambutan yang sangat positif kepada PAS daripada pengundi-pengundi kerana tumpuan kita (PAS) adalah pengundi-pengundi. Di samping penyokong PAS yang sedia ada kita (PAS) mendapat sambutan daripada pengundi-pengundi yang selama ini disebut 'atas pagar' (tiada pendirian).
Ini adalah satu perkembangan yang sangat baik dan di antara yang menarik ialah sambutan yang diberi oleh pengundi-pengundi Cina. Mereka melahirkan secara terbuka untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kali ini. Ini adalah suatu perubahan yang sangat menarik dan kita (PAS) mengharap sedikit sebanyak akan menolong kita mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini.
Apakah pentingnya kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini perlu dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini?
Pertama, prinsip Islam yang saya sebutkan tadi iaitu menghantar wakil untuk menjalankan kewajipan agama yang merupakan fardhu kifayah. Kedua, kita (PAS) perlu menghantar wakil yang boleh bersama dengan rakyat dan bukan wakil yang 'duduk' (tinggal) di Kuala Lumpur. 'Duduk' di Pusat Pemerintahan yang tidak memberi pulangan-pulangan yang sepatutnya kepada rakyat. Setelah berlangsung kita mencapai kemerdekaan 50 tahun dan kita berada di bawah Barisan Nasional.
Kita (PAS) tidak menafikan adanya pembangunan-pembangunan kemudahan asas. Ini bukannya perkara yang asasi dalam memilih parti dalam pilihan raya kerana itu adalah perkara penting yang diamalkan oleh siapa sahaja yang menjadi kerajaan. Apa yang penting ialah cara mengendalikan pembangunan di dalam negeri.
Kita (PAS) melihat masih lagi berlaku perkara-perkara yang memencilkan rakyat dari segi mendapat habuan yang sebenarnya daripada kekayaan negeri yang diberikan oleh Allah SWT. Apa yang berlaku ialah amaran Allah yang bermaksud, "Apa-apa yang Allah SWT kurniakan secara mudah, secara aman kepada sesebuah negeri maka ia adalah dari Allah dan Rasul, yakni bagi kepentingan umum, bagi kaum keluarga anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta orang-orang yang putus belanja dalam perjalanan supaya harta kekayaan itu tidak berpusing di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja".
Kita melihat banyak projek-projek yang dapat dilihat oleh penduduk di Kuala Terengganu ini sendiri seperti Monsun Cup di Pualau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan lain-lain. Adalah projek-projek yang hanya lebih memberi keuntungan kepada golongan yang tertentu sebagaimana yang disebut oleh al-Quran. Ini adalah salah satu kemungkaran yang ketara dilihat oleh penduduk di Kuala Terengganu.
Dan saya melihat penduduk di Kuala Terengganu telah memberi sokongan kepada calon-calon �state� (negeri) kita dalam pilihan raya yang lalu (PRU Ke-12). Oleh sebab itu, tidak manasabah mereka (rakyat) terus memberi sokongan kepada Parlimen dengan undi yang besar di samping undi di kawasan Kuala Terengganu.
Jadi tidak timbul lagi bagi orang tionghua untuk memilih calon tionghua kerana dua calon adalah daripada orang Melayu. Yang penting ialah kaum tionghua yang menjadi pengundi di kawasan Kuala Terengganu menghantar wakil ke Parlimen untuk membawa mesej penduduk Kuala Terengganu di peringkat pusat dalam erti kata sebenar.
Haji Mohd Abdul Wahid Endut adalah calon pilihan PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil P.36 ini. Bagaimana personaliti calon pada pandangan Tuan Guru? Apabila parti mengamanahkan saya memilih calon dan saya memilih Haji Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS kerana melihat beberapa keistimewaan yang ada pada beliau. Pertama, beliau telah berpengalaman menjadi wakil rakyat selama lima penggal. Satu tempoh yang panjang dan menunjukkan khidmat yang cemerlang dalam tempoh itu dan tidak ada rungutan di kawasan dia (Wahid) sendiri. Oleh kerana itu, kita bertekad meletakkan beliau sebagai wakil rakyat ke peringkat Parlimen yang lebih luas.
Kedua, beliau adalah bekas Exco Kerajaan Negeri yang menjaga kepentingan peniaga kecil, koperasi dan belia. Di mana rata-rata penduduk di Kuala Terengganu adalah di kalangan peniaga-peniaga kecil, pasar-pasar dan pengguna-pengguna kepada bahan-bahan perdagangan dan merupakan kaum belia yang menjadi undi penentu dalam pilihan raya yang sangat penting.
Oleh kerana itu, kita mengharapkan khidmat beliau yang telah lalu dapat dilihat oleh penduduk Kuala Terengganu sendiri dan saya dimaklumkan, beliau mendapat 'respon' atau sambutan yang sangat baik daripada persatuan pengguna dan persatuan perniaga-perniaga, di pasardan lain-lain. Ini adalah satu tanda yang sangat positif dan kita telah memberi satu pilihan yang sangat besar.
Harapan Tuan Guru kepada rakyat terutama para pengundi di Kuala Terengganu menjelang tarikh 17 januari 2009 ini?
Harapan saya supaya rakyat jadikan undi dalam pilihan raya kecil ini adalah suatu amanah yang sangat besar. Sebagaimana yang disebut oleh Tuhan di dalam al-Quran yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah kepada orang yang ahli untuk menunaikan amanah itu dan apabila kam menghukum hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah, memerintah kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya".
Amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin. Di mana, memilih wakil rakyat adalah memilih pemimpin dan kita memberi amanah kepada rakyat Kuala Terengganu supaya memilih pemimpin yang tepat iaitu Haji Mohd Abdul Wahid Endut untuk menjalankan mesej sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah iaitu menyampaikan mesej Islam, hukum yang adil untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku dan menuntut keadilan bagi rakyat di kawasan Kuala Terengganu secara khusus dan rakyat Malaysia secara umum.
Dan kita mahu pemilihan ini juga menjadi satu anjakan kepada perubahan politik bagi negeri Terengganu khasnya dan seluruh Negara amnya untuk pilihan raya yang akan datang bagi menukar parti Barisan Nasional yang diteraskan oleh Umno, yang sudah mempunyai penyakit-penyakit yang tidak layak lagi untuk meneruskan pemerintahan. - azm _
| |||||||||||||||
"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."
PILIHAN raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana. Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu. HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya? TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu. Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw. Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam. Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman. Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok. Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan. Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat. Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja �cable� yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam. Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman. Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini? Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya. Kita perlu solat hajat? Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat. Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang? Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan. Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih? Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu. Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat? Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan. Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik? Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik. Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri. Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik? Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan. Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal? Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud. |
1429 H / 2008 Hakcipta Tak Terpelihara
Di Kendalikan Oleh al-aqaarib Balai Ilmu Darul Hijrah Sekiranya anda ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran sila hantarkan ke alamat dibawah. E-mel : zmisr@yahoo.com.@pengerusi al-aqaarib Ust Abdul Rahman Yaakob ditalian 019 4226803 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar